kawan sejati

assalammualaikum=)

selamat petang. memandangkan hari ni tak berapa nak busy. i'm here to post some simple entry but value. (entah betul ke tak aku cakap).


KAWAN SEJATI

kawan. semua orang ada kawan kan? or sesiapa yang suka menyendiri? noo kan?
orait. kawan. kalau tak ada kita nak cakap dengan siapa? nak hang-out? bergossip? bermain? dengan siapa meh?

kawan tu sebahagian dari hidup kita. anugerah yang tak ternilai harganya. walaupun mungkin kawan tu bukan kawan SEJATI. tapi, masih ada kan kawan KARIB or BIASA? masih perlukan seorang kawan right? okee fine,aku banyak tanda soal.^^.

sometimes,kita ada masalah dalam memilih kawan. macam kawan eat kawan, (eh,lapar sangat ke?) kawan tikam kawan, (dah tak ada benda lain nak tikam?) so,tergolong dalam kawan tak berkualiti. tak semua macam tu. nilai seorang kawan berbeza beza mengikut diri sendiri.

semua orang ada kawan. korang tanya lah sapa sapa pun. mesti ada kawan! namun,tak semua boleh jadi kawan kita saat kita tengah susah,kan? saat senang. alamak ai. ramai sangat sangat. happy giler giler.

bila susah? seorang pun tak sudi nak bantu. itu bukan kawan yang sejati lah sygs=)
kawan sejati tu adalah orang yang meneman saat kita tawa dan sedih. bukan menghilangkan diri ketika kita dalam kesusahan.

semua orang nak kan kawan sejati. apa kata kalau kita perbaiki diri sendiri dulu untuk menjadi kawan sejati? boleh kan?

tak susah. kita cuma perlu ikhlas. kuburkan sifat dengki,iri hati. tanamkan sifat ikhlas. nescaya subur lah pohon ikhlas. .

  "kawan yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu . .adalah kisah cinta agung yang tak pernah kita sedari"

kawan tetap kawan. kisah hidup yang paling kekal bersama adalah KAWAN. hargai kawan korang. ikatan persahabatan tak pernah putus walaupun terpisah jauh.

tak timbul rasa bersyukur ke dia sanggup jadi kawan kita? kenapa dia jadi kawan kita? pernah fikir tak?

   
"Teman sejati bukanlah mereka yang sentiasa berada di samping kita. Tetapi teman yang baik adalah teman yang sering mengajak kita untuk melakukan amal kebajikan.
Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana untuk menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.
Renungilah dan hayatilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar kita mencari seorang sahabat yang sejati."
 
betapa pentingnya seorang kawan mahupun sahabat dalam hidup kita.

kawan sejati.
kawan sejati itu ibarat tangan dan mata, saat tangan terluka mata menangis saat mata menangis tangan menghapusnya.
kawan sejati adalah kawan yg ada di saat kita senang dan susah, kawan yang menolong kita tanpa ada perih.
kawan sejati adalah kawan yg tertawa bersama kesenangan dan menangis bersama penderitaan.


cerita pensel dan pemadam.
 
Pensil : Maafkan aku, kawan.

Pemadam : Kenapa, kawan? Kamu tidak berbuat salah padaku.

Pensil : Maafkan aku kerana telah menyakitimu, kawan. Bila saja aku terbuat silap, kau selalu ada untuk memadamkan. Sedang kesilapan aku hilang, kamu hilang sebahagian dirimu, kawan. Semakin kecil dan kecil.

Pemadam : Ya, tidak mengapa, kawan. Kamu tahu, memang itu tujuan hidupku, untuk membantumu ketika kamu memerlukan aku. Dan aku tahu, suatu masa nanti aku akan pergi. Ketika itu kamu akan mendapat teman baru. Usah risau, kawan. Aku sukakannya!

Dengan cara apa hidup kita akan bermakna?

Pensil : Kawan, aku sayang kamu! 

Sekali lagi, dengan cara apa hidup kita akan bermakna?

Pemadam : Dan kamu, tulislah kepada dunia, kawan. Biar kehilangan aku termakna.

Maka dengan cara apa hidup kita akan termaknai, kalau bukan untuk memberi sebanyaknya?


kawan. . hati ini tak bermaksud nak menyakitimu.

terima kasih baca:)


kalau suka like lah! :D

2 comments:

dawsonlover said...

jyeahh,i love the way you write it dear :')

melymelykalot said...

nak menangis pun ada;'(. tanpa kita sedari. masih ada yang bernilai..